Friday, 6 January 2012

sayang :')

sayang, himpunan kasih aku terlalu banyak buatmu. kemanakah kau menghilangkan diri sementara aku masih memerlukan setiap nafas cintamu. hadirlah kau sayang menemani aku ketika aku di alam kesunyian.
kau jauh dari pandangan mata aku kini, tapi kenangan kita masih kuat bertaut sayang. aku rela kau meninggalkan jasadku, tapi aku tidak rela jika kau meninggalkan hatiku sebegini. berpatah lah kau kembali wahai sayang. aku perlukan cintamu yang kukuh dan ikhlas. 
sayang aku mahu kau tahu, sakit benar hati aku ketika melihat bayangan dirimu bersama orang lain. sayang, sesungguhnya seluruh jiwa aku terluka, terkseksa jiwa dan raga. mengapa kau kaburkan hatiku dengan perbuatan mu yang tidak semena mena itu. kau calarkan kasih suci ku terhadapmu. kau robek kan jiwaku dengan tingkah laku mu. 
pergi lah kau jauh dari hidupku. meskipun aku mencintai dirimu dengan setulus hati, aku tidak pasti sama ada hati aku kukuh untuk melihat kau dengan bunga lain. biarlah aku yang menanggung segala derita ini. 
cinta ini memerlukan pengorbanan. bagi melihat kau bahagia aku melepaskan mu sayang. sungguh pun kebahagian aku masih tidak kutemui tapi aku rela melihat kau tersenyum. inilah pengorbanan cintaku terhadapmu. andai jasadku sudah tiada disisimu, aku mohon kau simpankan lah hatiku yang dulu pernah kau menjanjikan cinta yang amat bermakna buat ku sayang...

No comments:

Post a Comment