Monday, 9 January 2012

tertutup sudah hati :')

 indah nya sewaktu kau melafazkan segala kata kata cinta.. kau menyatakan aku lah penawar duka lara mu.. kenangan yang betul mengusik hati bila aku mengenang kembali madah madah mu sayang..
 aku abadikan segala galanya di dalam jiwa.. janji dengan bersusah dan senang bersama.. kini telah ku pasrah, kau bukan milikku lagi..

macam lagu rossa ni cakap, andai aku bisa lebih adil pada cinta kau dan dia...

cinta andai kau bisa adil terhadap ku, akan ku buka pintu hati ini hanya untukmu.. kenangan kita dulu bertaut kukuh dihati aku..sayang, tidak ku pinta perhubungan kita jadi sebegini.. kecurangan mu ternyata lebih hebat berbanding keikhlasan cintaku..setelah aku kehilangan dirimu, baru aku sedar, dunia aku dipenuhi kegelapan kerna tanpa sebarang kasih sayang mu.. kasih mengerti lah kau hati aku yang kini sudah terluka dengan perbuatan mu..sayang, aku melepaskan mu kerna terpaksa.. tidak ku rela perpisahan yang melanda.. tapi hati bagai dihiris belati yang tajam..terpaksa lah ku undur diri agar kebahagian kau dan dia benar benar terjamin tanpa halangan daripada ku..

takdir cinta telah menentukan segalanya.. aku menutup pintu hatiku bukan kerana aku tidak mahu mencintai atau dicintai.. tetapi akan kerana pengalaman yang lama kembali bertaut di ingatan, hati telah terluka, jiwa terseksa, biar kan aku begini melayani perasaan aku sendiri meskipun aku mencintai dirimu dengan sepenuh hati..

No comments:

Post a Comment