bab satu :)
Jam hampir ke angka 12.00 tengah malam. Tapi bandaraya Kuala lumpur ini masih lagi dipenuhi manusia yang tidak kenal erti siang dan malam. Kenderaan yang bertali arus seakan memberi seribu gambaran, bandaraya yang sentiasa sibuk. Saat ini lah Nuria paling tidak suka kerana menganggu waktunya untuk tidur. waktu dia menghenyakkan tubunnya ke atas katil yang empuk. Dengan harapan di dada agar dia boleh melelapkan matanya untuk melayani mimpi-mimpi indah.
“Hoi.. matahari dah tegak ni pun kau belum bangun lagi ke? Jerit neyna sambil tangan nya menarik selimut yang menutupi tubuh kawannya itu!” kawan baiknya itu selalu saja mengganggu mimpi indahnya. Anak dara apa lah kau ni. esok kalau kau dah kahwin mahu disiram air dengan suami kau!" bebel neyna.
Nuria yang masih mamai, menarik semula selimut ke badannya. “kurang sopan betul kau ni neyna. Pagi pagi lagi kau dah keluarkan alunan suara kau yang tak berapa nak merdu tu pada aku!” sakat Nuria yang masih berbungkus dalam selimutnya.
Neyna menjeling jam di dinding bilik Nuria, tepat jam 1.00 tengah hari. “haa bagus sangat lah pagi kau tu Nuria. Jam sudah menunjukkan tepat jam 1.00 tengah hari. Itu menandakan kau kena bersiap cepat, sebab pukul 2.30 petang kau ada temuduga dengan Megaas Empayar." tegas Neyna.
Nuria terus mengerling tepat kearah jam di dinding,tekejut bukan main kepalang lagi menyedari yang dia sudah terlewat.“Ya Allah neyna kenapa kau tak kejutkan aku dari awal-awal pagi lagi?’ marah Nuria.Sangka nya masih pagi tapi sudah tengah hari. Bibir nya diketap rapat tanda marah pada neyna. “matilah aku macam ni!” dia yang masih mamai dibuai mimpi lantas bangun menuju ke kamar mandi.
“sorry to say lah Nuria, aku dah cuba kejutkan kau, tapi kau tidur macam orang tak tidur sepuluh hari!” perli neyna pada Nuria. Dia tahu Nuria pasti tidak mempedulikan kata-kata nya itu walaupun diperli kerana dia sudah terlambat.
Macam mana lah aku boleh tak sedar tadi. Ni semua sebab aku lewat tidur semalam lah ni. Langkahnya dipercepatkan agar tidak tertinggal bas yang biasa dinaikinya pada waktu-waktu begini. Nuria melemparkan pandangan kearah Megaas Employer Holding yang sudah berada di depan matanya. Perasaan gembira, sedih dan bimbang berbaur di hatinya. Gembira kerana dia Berjaya menjejakkan kaki ke tempat yang memberikan dia rezeki tetapi agak sedih kerana tiada siapa dapat menemankan dia ke Employer sebesar ini. Dia bimbang, mampukah dia meneruskan kehidupan di bumi yang begitu asing baginya. dia membetulkan baju kurung sutera yang dipakainya. kemudian, dia membetulkan tudung yang hampir senget apabila ditiup angin. langkahnya diatur rapi masuk ke dalam Megaas Empayar.
*********
Nuria buntu. Malu tak usah dikata lah waktu temuduga tadi. Sudah lah bos nya muda, kacak lagi. Boleh pulak tersasul loghat pantai timurnya. Terlopong mulut Tengku Qahir mendengar apa yang aku jawab tadi. Tak boleh tidur lagi lah aku malam ni memikirkan perkara tadi. Harap-harap nasib menyebelahi aku lah kali ni. Rezeki ini untuk keluarga ku Ya Allah, bukan untuk ku seorang.
“Apa lagi yang kau fikir tu nuri?” Tanya neyna. Risau dia melihat sahabat baiknya itu termundar-mandir bagai kehilangan sesuatu. Neyna jazlyn Bt Dato Mahadi. Seorang anak usahawan terkenal tapi neyna lebih suka hidup berdikari dan keputusannya dihormati oleh Dato Mahadi sendiri. Seorang yang kasar tapi berjiwa sensitive. Dialah sahabat dunia akhirat Nuria. Sejak dari universiti lagi mereka berdua bersahabat.
Nuria mengeluh panjang. “runsing fikiran aku ni. Dah la waktu temuduga tadi aku gagap, pulak tu aku tersasul bahasa loghat aku lah. Kau pun tahu jelah aku ni kalau dah gugup macam mana. Tengku Qahir tu pulak bersahaja je dia. Suka hati dia je nak Tanya aku soalan yang dianggap peribadi!” rungut nuria.
“Dia Tanya kau soalan apa?” dengan muka yang serius neyna duduk disebelah nuria tanda ingin tahu apakah soalan yang ditanya oleh Tengku Qahir.
“dia Tanya aku dah kawin ke belum, kalau dah kahwin ada anak berapa, suami gaji berapa, anak berapa lelaki, berapa perempuan. Dia ingat aku ni robot ke nak jawab sekaligus. Dia Tanya aku langsung tak ada noktah.’’ Marah benar dia pada Tengku Qahir.
Dengan selamba neyna gelak terbahak-bahak tanpa memperdulikan Nuria yang hampIr melopong melihat reaksinya yang seakan-akan menonton rancangan Maharaja Lawak. “woi, kau ingat kau tengan tonton aksi lawak aku ke?” jerkah nuria. Geram betul dengan neyna ni, aku cakap sebab nak pendapat dia, dia pulak gelakkan aku. Haa memang ‘sepeseng’ lah dengan Tengku Qahir tu. Rungut Nuria. Lantas, terus dia bangun dari sofa meninggalkan neyna yang macam dah kena sampuk dek ‘nenek kebayan’.
**************
Usai sahaja dia menunaikan solat subuh, lantas dia membuka almari pakaiannya. Harini adalah hari pertama aku di Megaas Ampayar Holding. Syukur Alhamdulillah kerana kau memberikan aku rezeki yang tidak terhingga Ya Tuhan. Aku pun tidak menyangka akan mendapat pekerjaan itu sedangkan pertuturan aku waktu temuduga pun tergagap-gagap. Ramai lagi Mahasiswi yang cantik- cantik, dengan pakaian mereka yang menggoda dan bermake-up dengan setebalnya. Memang sesuai menjadi setiausaha. Tak macam aku yang hanya bersahaja ni. Bagi aku dengan bedak compact biasa, secalit lips berwarna merah jambu sudah cukup membuat aku kelihatan bersahaja.
“ Nurul Nuria Dalalin Bt shahdin!” panggil seorang perempuan cina yang fasih berbahasa melayu. Dia boleh memanggil namaku tanpa ‘sleng’ cina dia pun. “ Awak boleh masuk ke bilik temuduga sekarang.’’ Senyuman manis aku berikan kepada Miss Cathlyn, dengan tanda nama yang ada pada bajunya, aku boleh meneka itulah nama dia. Perasaan yang bercampur baur sudah menerpa. Pintu besar itu segera aku ketuk tanda aku ingin masuk. Aku lihat ada dua orang lelaki dan seorang perempuan yang agak ‘material’ sikit dengan jelingan mata seakan mahu menerpa aku. macam anak patung dah aku tengok. desis hatinya.
“Cik Nuria please sit down here.’’ Tanpa kata, aku lantas duduk dihadapan mereka bertiga.
“Okay Miss Nuria, I’m Hasya Hudson, as a assistant Tengku Abshar Adhwa, and this is Tengku Qahir Adhwa your future bos, maybe’’ Dengan senyuman yang sinis diberikan kepadaku. Berlagaknya perempuan ni, nak cakap bahasa inggeris pulak dengan aku. Macam kau sorang boleh ‘speaking’, aku pun lulusan ijazah jugak minah saleh celup. Desis hatiku!
‘’Well cik Nurlia, saya Tengku Abshar dan ni adik saya Tengku Qahir. Berdasarkan resume yang saya tengok dan sijil -sijil awak, awak mempunyai kelulusan yang baik dari segala aspek. untuk pengetahuan awak kami mencari seorang setiausaha dan seorang pegawai pemasaran. Sekarang saya akan mengajukan beberapa soalan kepada cik nuria kerana disini menyatakan cik nuria tidak mempunyai pengalaman bekerja.’’ Cakap nya sambil meneliti segala butiran peribadi ku.
Aku hanya mengangguk tanda faham. Berdebar nya hati tak usah dikata, aku rasa macam nak keluar saja dari bilik ni. Penghawa dingin yang kuat ni pun masih belum boleh menyejukkan hati aku yang bercampur-baur ini. yang sorang tu pulak macam patung bernyawa saja. Langsung tak dipandangnya ke arah aku, apalagi memberikan aku senyuman.
Sedang aku menjawab pelbagai soalan yang diajukan Tengku Abshar, tiba-tiba Tengku Qahir menyampuk seketika. ‘’ wait a minute, can I ask you one question Nuria?” Aku mengangguk sahaja. “Awak dah kahwin atau belum? Kalau sudah berkahwin ada anak berapa orang? Gaji suami awak berapa?''
Melopong mulut aku bila soalan yang datang betubi-tubi keluar dari mulut Tengku Qahir. Tak kan dia tak baca aku punya butiran. ‘single’ lagi. Apa yang difikir pun aku tak tahulah. Masak aku kalau dapat bos tak betul macam ni.
"Hey qahir, what wrong with you?" Tegur Tengku Abshar. Kau tak baca ke dia punya butiran. Status dia pun ‘single lagi. Behave yourself Qahir! ‘’
“Sorry nuria, adik saya ni memang suka buat lawak sikit’’
SAMBUNGAN NYA ESOK YEE :)
No comments:
Post a Comment