kadang kala banyak perkara yang bermain di minda, selalu ada perasaan cemburu terhadap orang lain. cemburu dengan kemewahan mereka, kecantikan, percintaan mereka dan sebagainya yang istimewa. tetapi, tahukan kita, kita sendiri mempunyai sifat yang sungguh mulia jika tidak berhasad dengki diantara satu sama lain.
kadang kala, disebabkan cinta aku buta segala galanya. aku tidak nampak akan kesempurnaan yang aku miliki sendiri. mungkin tidak terserlah dengan cara aku, kehidupan aku, keseronokan aku, tapi akan terserlah apabila cinta yang ikhlas itu hadir dalam diri.
kadang kala, disebabkan cinta juga aku lupa pada Yang Maha Esa. aku alpa dengan segala nikmat yang diberikan kerana bagi aku cinta adalah segala galanya.
sayang, aku tahu cinta itu amat bermakna, jadikan ia satu pengajaran kerna aku ingin dicintai tapi aku tidak mahu mencintai sesiapa lagi.
No comments:
Post a Comment