Thursday, 12 January 2012

    bab satu :)

   Jam hampir ke angka 12.00 tengah  malam. Tapi bandaraya Kuala lumpur ini masih lagi dipenuhi manusia yang tidak kenal erti siang dan malam. Kenderaan yang bertali arus seakan memberi seribu gambaran, bandaraya yang sentiasa sibuk. Saat ini lah Nuria paling tidak suka kerana menganggu waktunya untuk tidur. waktu dia menghenyakkan tubunnya ke atas katil yang empuk. Dengan harapan di dada agar dia boleh melelapkan matanya untuk melayani mimpi-mimpi indah.
   “Hoi.. matahari dah tegak ni pun kau belum bangun lagi ke? Jerit neyna sambil tangan nya menarik selimut yang menutupi tubuh kawannya itu!”  kawan baiknya itu selalu saja mengganggu mimpi indahnya. Anak dara apa lah kau ni. esok kalau kau dah kahwin mahu disiram air dengan suami kau!" bebel neyna.
        Nuria yang masih mamai, menarik semula selimut ke badannya. “kurang sopan betul kau ni neyna. Pagi pagi lagi kau dah keluarkan alunan suara kau yang tak berapa nak merdu tu pada aku!” sakat Nuria yang masih berbungkus dalam selimutnya.
        Neyna menjeling jam di dinding bilik Nuria, tepat jam 1.00 tengah hari. “haa bagus sangat lah pagi kau tu Nuria. Jam sudah menunjukkan tepat jam 1.00 tengah hari. Itu menandakan kau kena bersiap cepat, sebab pukul 2.30 petang kau ada temuduga dengan Megaas Empayar." tegas Neyna.
        Nuria terus mengerling tepat kearah jam di dinding,tekejut bukan main kepalang lagi menyedari yang dia sudah terlewat.“Ya Allah neyna kenapa kau tak kejutkan aku dari awal-awal pagi lagi?’ marah Nuria.Sangka nya masih pagi tapi sudah tengah hari. Bibir nya diketap rapat tanda marah pada neyna. “matilah aku macam ni!” dia yang masih mamai dibuai mimpi lantas bangun menuju ke kamar mandi.
       “sorry to say lah Nuria, aku dah cuba kejutkan kau, tapi kau tidur macam orang tak tidur sepuluh hari!” perli neyna pada Nuria. Dia tahu Nuria pasti tidak mempedulikan kata-kata nya itu walaupun diperli kerana dia sudah terlambat.
      Macam mana lah aku boleh tak sedar tadi. Ni semua sebab aku lewat tidur semalam lah ni. Langkahnya dipercepatkan agar tidak tertinggal bas yang biasa dinaikinya pada waktu-waktu begini. Nuria melemparkan pandangan kearah Megaas Employer Holding yang sudah berada di depan matanya. Perasaan gembira, sedih dan bimbang berbaur di hatinya. Gembira kerana dia Berjaya menjejakkan kaki ke tempat yang memberikan dia rezeki tetapi agak sedih kerana tiada siapa dapat menemankan dia ke Employer sebesar ini. Dia bimbang, mampukah dia meneruskan kehidupan di bumi yang begitu asing baginya. dia membetulkan baju kurung sutera yang dipakainya. kemudian, dia membetulkan tudung yang hampir senget apabila ditiup angin. langkahnya diatur rapi masuk ke dalam Megaas Empayar.


  *********
      Nuria buntu. Malu tak usah dikata lah waktu temuduga tadi. Sudah lah bos nya muda, kacak lagi. Boleh pulak tersasul  loghat pantai timurnya. Terlopong mulut Tengku Qahir mendengar apa yang aku jawab tadi. Tak boleh tidur lagi lah aku malam ni memikirkan perkara tadi. Harap-harap nasib menyebelahi aku lah kali ni. Rezeki ini untuk keluarga ku Ya Allah, bukan untuk ku seorang.
      “Apa lagi yang kau fikir tu nuri?” Tanya neyna. Risau dia melihat sahabat baiknya itu termundar-mandir bagai kehilangan sesuatu. Neyna jazlyn Bt Dato Mahadi. Seorang anak usahawan terkenal tapi neyna lebih suka hidup berdikari dan keputusannya dihormati oleh Dato Mahadi sendiri. Seorang yang kasar tapi berjiwa sensitive. Dialah sahabat dunia akhirat Nuria. Sejak dari universiti lagi mereka berdua bersahabat.
    Nuria mengeluh panjang. “runsing fikiran aku ni. Dah la waktu temuduga tadi aku gagap, pulak tu aku tersasul bahasa loghat aku lah. Kau pun tahu jelah aku ni kalau dah gugup macam mana. Tengku Qahir tu pulak bersahaja je dia. Suka hati dia je nak Tanya aku soalan yang dianggap peribadi!” rungut nuria.
      “Dia Tanya kau soalan apa?” dengan muka yang serius neyna duduk disebelah nuria tanda ingin tahu apakah soalan yang ditanya oleh Tengku Qahir.
     “dia Tanya aku dah kawin ke belum, kalau dah kahwin ada anak berapa, suami gaji berapa, anak berapa lelaki, berapa perempuan. Dia ingat aku ni robot ke nak jawab sekaligus. Dia Tanya aku langsung tak ada noktah.’’ Marah benar dia pada Tengku Qahir.
      Dengan selamba neyna gelak terbahak-bahak tanpa memperdulikan Nuria yang hampIr melopong melihat reaksinya yang seakan-akan menonton rancangan Maharaja Lawak. “woi, kau ingat kau tengan tonton aksi lawak aku ke?” jerkah nuria. Geram betul dengan neyna ni, aku cakap sebab nak pendapat dia, dia pulak gelakkan aku. Haa memang ‘sepeseng’ lah dengan Tengku Qahir tu. Rungut Nuria. Lantas, terus dia bangun dari  sofa meninggalkan neyna yang macam dah kena sampuk dek ‘nenek kebayan’.



**************


    Usai sahaja dia menunaikan solat subuh,  lantas dia membuka almari pakaiannya. Harini adalah hari pertama aku di Megaas Ampayar Holding.  Syukur Alhamdulillah kerana kau memberikan aku rezeki yang tidak terhingga Ya Tuhan. Aku pun tidak menyangka akan mendapat pekerjaan itu sedangkan pertuturan aku waktu temuduga pun tergagap-gagap. Ramai lagi Mahasiswi yang cantik- cantik, dengan pakaian mereka yang menggoda dan bermake-up dengan setebalnya. Memang sesuai menjadi setiausaha. Tak macam aku yang hanya bersahaja ni. Bagi aku dengan bedak compact biasa, secalit lips berwarna merah jambu sudah cukup membuat aku kelihatan bersahaja.




    “ Nurul Nuria Dalalin Bt shahdin!” panggil seorang perempuan cina yang fasih berbahasa melayu. Dia boleh memanggil namaku tanpa ‘sleng’ cina dia pun. “ Awak boleh masuk ke bilik temuduga sekarang.’’ Senyuman manis aku berikan kepada Miss Cathlyn, dengan tanda nama yang ada pada bajunya, aku boleh meneka itulah nama dia. Perasaan yang bercampur baur sudah menerpa. Pintu besar itu segera aku ketuk tanda aku ingin masuk. Aku lihat ada dua orang lelaki dan seorang perempuan yang agak ‘material’ sikit dengan jelingan mata seakan mahu menerpa aku. macam anak patung dah aku tengok. desis hatinya.
     “Cik Nuria please sit down here.’’  Tanpa kata, aku lantas duduk dihadapan mereka bertiga.
     “Okay Miss Nuria, I’m Hasya Hudson, as a assistant Tengku Abshar Adhwa, and this is Tengku Qahir Adhwa your future bos, maybe’’ Dengan senyuman yang sinis diberikan kepadaku.  Berlagaknya perempuan ni, nak cakap bahasa inggeris pulak dengan aku. Macam kau sorang boleh ‘speaking’, aku pun lulusan ijazah jugak minah saleh celup. Desis hatiku!
     ‘’Well cik Nurlia, saya Tengku Abshar dan ni adik saya Tengku Qahir. Berdasarkan resume yang saya tengok dan sijil -sijil awak, awak mempunyai kelulusan yang baik dari segala aspek. untuk pengetahuan awak kami mencari seorang setiausaha dan seorang pegawai pemasaran. Sekarang saya akan mengajukan beberapa soalan kepada cik nuria kerana disini menyatakan cik nuria tidak mempunyai pengalaman bekerja.’’ Cakap nya sambil meneliti segala butiran peribadi ku. 
      Aku hanya mengangguk tanda faham. Berdebar nya hati tak usah dikata, aku rasa macam nak keluar saja dari bilik ni. Penghawa dingin yang kuat ni pun masih belum boleh menyejukkan hati aku yang bercampur-baur ini.  yang sorang tu pulak macam patung bernyawa saja. Langsung tak dipandangnya ke arah aku, apalagi memberikan aku senyuman.
     Sedang aku menjawab pelbagai soalan yang diajukan Tengku Abshar, tiba-tiba Tengku Qahir menyampuk seketika. ‘’ wait a minute, can I ask you one question Nuria?” Aku mengangguk sahaja. “Awak dah kahwin atau belum?  Kalau sudah berkahwin ada anak berapa orang? Gaji suami awak berapa?''
     Melopong mulut aku bila soalan yang datang betubi-tubi keluar dari mulut Tengku Qahir. Tak kan dia tak baca aku punya butiran. ‘single’ lagi. Apa yang difikir pun aku tak tahulah. Masak aku kalau dapat bos tak betul macam ni.
      "Hey qahir, what wrong with you?" Tegur Tengku Abshar. Kau tak baca ke dia punya butiran. Status dia pun ‘single lagi. Behave yourself Qahir! ‘’
    “Sorry nuria, adik saya ni memang suka buat lawak sikit’’


SAMBUNGAN NYA ESOK YEE :)

ANDAI ITU TAKDIR BUATKU CREDIT BY AYIEN SHAMSUDDIN :) *sampai bab lima sahaja :")




   Andai itu takdir buat ku, aku terima dengan rela. Andai kata itu yang harus aku dengar, aku pasrah. Andai cinta itu tidak ikhlas, terpaksa aku lepaskannya, Andai Tuhan sudah menetapkan takdir itu sememangnya buatku, aku terima, kerana aku hanya lah umatMu.

BAB SATU SINOPSIS :-

cukup lah ini yang terakhir aku bercinta, kerna kau kekasih lama hati aku merana sampai sekarang. cukuplah kenangan silam yang bertandang di jiwa yang bermain di minda. aku pasrah kalau ini yang kau lakukan padaku ABSHAR AKID !

BAB DUA SINOPSIS :-

Bila tanggungan keluarga sudah menjadi beban di bahuku, terpaksa ku galas dan melupakan cita-citaku yang tinggi menggunung. keluarga harus aku utamakan kerana mereka lah nadi aku didunia dan di akhirat. berbekal sijil yang tidak seberapa, aku langkahkan kaki ke bandar besar bagi mencari rezeki yang halal.

BAB TIGA SINOPSIS :-

kehadiran NURIA DALALIN di MEGAAS HOLDING EMPLOYER mungkin tidak disenangi oleh HASYA. kerajinan, kecantikan, kelembutan yang ada NURIA tidak disenangi oleh HASYA kerana TENGKU QAHAR ADHA TAN SRI TENGKU DZULKIFLI lebih menyenangi kehadiran wanita itu sebagai pembantu peribadinya, yang boleh ditelitinya hari hari tanpa mengenal waktu. saat Nuria hadir, Adha rajin mengurungkan dirinya di Megaas.

BAB EMPAT SINOPSIS :-

hadir kau menerang kan hidupku, memainkan peranan buat jiwaku. usah lah kau pergi lagi kerna aku yang engkau cintai Adha. dalam diam hubungan cinta terjalin. Hasya datang menabur fitnah yang meranapkan segala galanya mahligai bahgia. boleh kah mereka bersatu sedangkan hati Nuria sudah dilukai buat kali keduanya? saat hatinya sudah pasrah, Abshar akid datang meminta simpati kenangn cinta lama. mampukah dia menjalani semua ini?

BAB LIMA SINOPSIS :-

sayang, jangan lah engkau percaya akan semua dusta, kau hadir lah untuk menerangi pelangi kita. akan ku tunggu kau kembali agar semua yang didusta kembali terang dan nyata.

wow, sinopsis jeh kot, cerita dia bila dah ready ayien post, kalau tak menarik mintak maaf ler, saya orang baru belajar :'D

Monday, 9 January 2012

tertutup sudah hati :')

 indah nya sewaktu kau melafazkan segala kata kata cinta.. kau menyatakan aku lah penawar duka lara mu.. kenangan yang betul mengusik hati bila aku mengenang kembali madah madah mu sayang..
 aku abadikan segala galanya di dalam jiwa.. janji dengan bersusah dan senang bersama.. kini telah ku pasrah, kau bukan milikku lagi..

macam lagu rossa ni cakap, andai aku bisa lebih adil pada cinta kau dan dia...

cinta andai kau bisa adil terhadap ku, akan ku buka pintu hati ini hanya untukmu.. kenangan kita dulu bertaut kukuh dihati aku..sayang, tidak ku pinta perhubungan kita jadi sebegini.. kecurangan mu ternyata lebih hebat berbanding keikhlasan cintaku..setelah aku kehilangan dirimu, baru aku sedar, dunia aku dipenuhi kegelapan kerna tanpa sebarang kasih sayang mu.. kasih mengerti lah kau hati aku yang kini sudah terluka dengan perbuatan mu..sayang, aku melepaskan mu kerna terpaksa.. tidak ku rela perpisahan yang melanda.. tapi hati bagai dihiris belati yang tajam..terpaksa lah ku undur diri agar kebahagian kau dan dia benar benar terjamin tanpa halangan daripada ku..

takdir cinta telah menentukan segalanya.. aku menutup pintu hatiku bukan kerana aku tidak mahu mencintai atau dicintai.. tetapi akan kerana pengalaman yang lama kembali bertaut di ingatan, hati telah terluka, jiwa terseksa, biar kan aku begini melayani perasaan aku sendiri meskipun aku mencintai dirimu dengan sepenuh hati..

Sunday, 8 January 2012

kecurangan :")

Nuria mendengus kuat di dalam bilik penginapan nya sambil mencampakkan sampul surat yang sarat dengan isi. dia melangkah deras menuju ke arah katil yang masih berkemas rapi..
'hish, kenapa dia sanggup buat aku macam ini?' dengus nya tiba-tiba.
nuria terus asyik memandang sampul surat yang dipenuhi dengan gambar kecurangan kekasih hatinya. terkebil-kebil menatap gambar yang bertaburan dilantai biliknya itu. sakit hati nya melihat sandiwara kekasihnya dengan seorang yang dia amat kenali. deraian air mata yang tidak berhenti mengalir tidak disekanya. tubuhnya yang sedang menelentang di atas katil,perlahan-lahan diiringkan menghadap ke pintu balkoni.
'ahh tidak, aku tidak boleh berdiam diri diperkotak-katik kan sebegini. 'tahu lah macam mana aku nak ajar diaorang tu.' rungut hatinya.

sayang mengapa hatiku yang engkau harus lukai? setelah segala-galanya aku korbankan buat kau.. ini yang aku dapat setelah aku mencintai kau dengan sepenuh hati. kau curang terhadapku.. usahlah kau terang kan lagi perkara yang sudah nyata.. sakit benar hati ku ini, luluh jantungku melihat sandiwara kau bersama dia.. jika orang lain tak mengapa, tetapi adik ku sendiri.. apa kurang nya aku dimata kau sayang? apa lebihnya adikku.. ya Allah sangat sakit tidak terkata melihat dugaan mu yang hebat, kekasih yang akan bergelar suami ku berlaku curang.. selama ini aku tidak pernah percaya dengan semua yang dikatakan oleh orang lain.. tapi gambar yang dikirimkan benar benar mengecewakan aku..

hati bagai sebuah permata yang sangat senang pecah.. sayang, jika kau tidak pandai menjaga permata yang harus selalu digilap, kau tinggalkan lah dia.. kerana kecurangan itu suatu perkara yang amat menyakitkan.. sayang kau akan hadir apabila hatimu kesunyian.. waktu kau berbahagia, kecurangan yang ternyata kau sembunyikan.. sayang, sudah lah.. lupakan aku sebagai kekasihmu.. jika dia pilihan mu, aku redha.. maafkan aku tidak boleh memaafkan dirimu dengan apa yang telah engkau lakukan kepadaku.. aku halalkan segala kasih dan sayang ku kepadamu bak taman syurga selama lamanya.. NURIA..

wahai cinta :') *credit to wafiee shukee :D

kelukaan hati jelas terpancar di riak wajah apabila sesorang itu telah dilukai berkali kali. sama ada hatinya tercoret dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ataupun kesilapan diri sendiri.. manusia memang tidak lari dari kesilapan.. kerna itulah kita diberi akal dan fikiran untuk melakukan sesuatu perkara.. baik cinta mahupun kehidupan.. 
cinta bila kau hadir aku lah orang yang paling bahagia dalam dunia ini.. hati aku bak taman syurga yang sangat indah.. kau membuat aku menjadi tidak keruan dengan cintamu.. kau selalu hadir memberi aku sejuta harapan yang menggunung tingginya.. sayang aku perlukan rembulan cintamu untuk aku meneruskan senyuman yang diukir dibibirku.. aku memerlukan cahaya dimatamu untuk menerangi wajahku dikala aku tersenyum..
sayang.. kau jadikan cinta kita ini sebagai satu kenangan yang paling indah dalam perhubungan.. aku tahu setiap perngorbanan mu terlalu besar buatku..
setap nafas yang aku hembuskan, setiap degupan jangtung yang aku helakan, memberi seribu erti yang aku tak bisa hidup tanpamu walau aku terpaksa menunggu seratus tahun sekalipun.. cinta kau amat bermakna buatku.. kau lah segala galanya untukku..
ohh rembulan,, kau kirim kan lah rinduku buat si cinta yang aku cintai.. kau tiupkan lah angin mu kepada dia ohh rembulan..
sayang, sangat sakit jika kau menjauh dariku.. rindu yang berkurung lamanya membuat aku terpinga pinga wahai sayang.. jangan lah kau menghilang kan dirimu kerana kau adalah nyawaku cinta..
selama dan selama lamanya kau adalah permata cinta bagiku...sesungguhnya cinta itu adalah hakikat dan pelengkap nyawa dan jasad sebagai fitrah manusia sejagat...

Saturday, 7 January 2012

ombak rindu.. *lembutkan hati dia :')

Tuhan tolong lembutkan hati dia..
untuk menerimaku seadanya...
kerna ku tak sanggup, 
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia disisiku...
tuhan aku tahu banyak dosaku..
hanya ingat kamu kala dukaku.
namun hanya kamu yang mampu membuka,
pintu hatinya untuk cintaku..
malam kau bawalah rinduku untuk dirinya..
yang jauh dariku..
agar, dia tidak kesepian,
selalu rasa ada cinta agung..
hujan bawa air mata ku yang mengalir membasuh lukaku..
agar dia tahu ku tersiksa tanpa cinta dia dihatiku..

keegoan dihati .....

mampukah kita menyembunyikan rindu yang telah lama bersarang dihati. mampukah kita bertemu sayang menghulur kemesraan sedangkan keegoan yang terang dan nyata menyelubungi dirimu.. mengapa kau harus menipu diri sendiri sayang, hanya aku yang kau sayangi..walaupun kecurigaan menguasai fikiran, aku masih tetap mengingati mu sebagai rembulan dihatiku yang menyinari alam kegelapan ku..antara cinta kau dan aku tidak akan berakhir disini jika kau melafazkan madah madah cinta sayang.. jangan lah kau mengangtungkan diri ku tidak bertali sebegini wahai sang pecinta.. tiada lagi kata kata indah buatku.. tiada lagi madah madah beerti untuk mengubat rindu ku yang lara ini.. tidak dapat ku lihat cahaya dimata mu, tidak jugak ku dapat melihat senyum yang diukir dibibirmu.. ohhh angin lalu kau kirim kan lah rinduku buat sang pecinta..

Friday, 6 January 2012

sayang :')

sayang, himpunan kasih aku terlalu banyak buatmu. kemanakah kau menghilangkan diri sementara aku masih memerlukan setiap nafas cintamu. hadirlah kau sayang menemani aku ketika aku di alam kesunyian.
kau jauh dari pandangan mata aku kini, tapi kenangan kita masih kuat bertaut sayang. aku rela kau meninggalkan jasadku, tapi aku tidak rela jika kau meninggalkan hatiku sebegini. berpatah lah kau kembali wahai sayang. aku perlukan cintamu yang kukuh dan ikhlas. 
sayang aku mahu kau tahu, sakit benar hati aku ketika melihat bayangan dirimu bersama orang lain. sayang, sesungguhnya seluruh jiwa aku terluka, terkseksa jiwa dan raga. mengapa kau kaburkan hatiku dengan perbuatan mu yang tidak semena mena itu. kau calarkan kasih suci ku terhadapmu. kau robek kan jiwaku dengan tingkah laku mu. 
pergi lah kau jauh dari hidupku. meskipun aku mencintai dirimu dengan setulus hati, aku tidak pasti sama ada hati aku kukuh untuk melihat kau dengan bunga lain. biarlah aku yang menanggung segala derita ini. 
cinta ini memerlukan pengorbanan. bagi melihat kau bahagia aku melepaskan mu sayang. sungguh pun kebahagian aku masih tidak kutemui tapi aku rela melihat kau tersenyum. inilah pengorbanan cintaku terhadapmu. andai jasadku sudah tiada disisimu, aku mohon kau simpankan lah hatiku yang dulu pernah kau menjanjikan cinta yang amat bermakna buat ku sayang...

cinta :)

kadang kala banyak perkara yang bermain di minda, selalu ada perasaan cemburu terhadap orang lain. cemburu dengan kemewahan mereka, kecantikan, percintaan mereka dan sebagainya yang istimewa. tetapi, tahukan kita, kita sendiri mempunyai sifat yang sungguh mulia jika tidak berhasad dengki diantara satu sama lain. 
kadang kala, disebabkan cinta aku buta segala galanya. aku tidak nampak akan kesempurnaan yang aku miliki sendiri. mungkin tidak terserlah dengan cara aku, kehidupan aku, keseronokan aku, tapi akan terserlah apabila cinta yang ikhlas itu hadir dalam diri. 
kadang kala, disebabkan cinta juga aku lupa pada Yang Maha Esa. aku alpa dengan segala nikmat yang diberikan kerana bagi aku cinta adalah segala galanya. 
sayang, aku tahu cinta itu amat bermakna, jadikan ia satu pengajaran kerna aku ingin dicintai tapi aku tidak mahu mencintai sesiapa lagi.

kau hadir :)

semenjak kau hadir dalam diri ini kembali, jiwa aku sungguh terseksa. perasaan aku tidak menentu. sayang mengapa kau hadir menagih kasih setelah hatiku sudah dimiliki oleh insan lain? tidak mungkin aku akan menerima dirimu kembali setelah apa yang aku lalui sekian lama dahulu. cukup lah hanya sekali permainan cinta antara kau dan aku. biar lah berlalu kenangan kita yang sempurna bak taman cinta. jadikan lah satu pengajaran dalam hidup mu dengan apa yang telah engkau lakukan. tidak mungkin aku meninggalkan dia kerna kau sayang :)